Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok.
Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu danBeaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah malam tadi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!