Banjir: AKSB sedia lebih 50 lori tangki bantu kerja membersih

Abd Rahman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika Program Bantuan Banjir anjuran Pasar Raya G-Orange di Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
Abd Rahman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika Program Bantuan Banjir anjuran Pasar Raya G-Orange di Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan lebih 50 lori tangki bagi membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Abd Rahman Yunus berkata, bantuan air tersebut dihantar ke tangki statik serta rumah penduduk yang terjejas.

"Mereka hanya perlu menghubungi AKSB sahaja dan kami akan menghantar bekalan secara terus.

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan masalah bekalan air di kawasan terjejas banjir," katanya ketika sidang akhbar Program Bantuan Banjir anjuran Pasar Raya G-Orange di Tunjong di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat dan Pengarah G-Orange Kelantan, Raymond Ng.

Menurut ADUN Pasir Tumbuh itu, air yang disalurkan melalui tangki statik akan diselia oleh ADUN dan Pengulu Mukim diarahkan untuk memastikan ia sampai ke kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan itu menzahirkan terima kasih kepada semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang menyumbangkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

"Anak-anak perantau juga ramai yang pulang untuk membantu penduduk terkesan banjir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!