Banjir Filipina: Angka korban meningkat 13 orang, 23 hilang
Tiga kematian dilaporkan di wilayah Bicol di Luzon, dua di wilayah tengah Filipina manakala lapan lagi di selatan Filipina.
Menurut NDRRMC berhubung mangsa yang hilang, lapan kes dilaporkan di wilayah Bicol, 12 di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina. Enam yang lain dilaporkan cedera.
Banjir juga telah menyebabkan hampir 170,000 orang di enam wilayah hilang tempat tinggal dan lebih 45,000 orang kini ditempatkan di sekurang-kurangnya 87 pusat perlindungan kerajaan manakala selebihnya tinggal bersama saudara mara masing-masing. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!