Banjir: Hanya satu PPS masih dibuka di Besut

Masjid Kampung La di Hulu Besut, Besut adalah PPS terakhir yang masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
Masjid Kampung La di Hulu Besut, Besut adalah PPS terakhir yang masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Masjid Kampung La di Hulu Besut, Besut menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 4 petang Selasa, sebanyak 12 keluarga membabitkan 53 mangsa masih berlindung di PPS berkenaan.

Menurutnya, jumlah itu berkurangan berbanding 126 penduduk daripada 38 keluarga yang direkodkan pada jam 8 pagi Selasa.

"Sebuah PPS iaitu di balai raya Kampung Pantai ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi selepas 12 penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dipindahkan ke PPS.

Bagaimanapun, penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.

Semua PPS yang dibuka di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman telah ditutup sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!