Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara Thai kantoi terima rasuah

Wang tunai baht yang berjaya dirampas dari pejabatnya di Bangkok. - Foto AFP
Wang tunai baht yang berjaya dirampas dari pejabatnya di Bangkok. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Seorang pegawai atasan jabatan pemuliharaan di Thailand ditahan atas tuduhan rasuah pada Selasa selepas wang tunai berjumlah kira-kira 5 juta baht (RM639,000) ditemui di pejabatnya.

Penahanan Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, Rutchada Suriyakul na Ayutya ketika urusan pemberian wang suapan itu sedang dilakukan.

"Tuduhan ini sudah cukup jelas. Kami berjaya merampas wang berjumlah 98,000 baht (RM12,522) sebagai bukti," kata Ketua Bahagian Antirasuah, Jaroonkiat Pankaew.

Pihak berkuasa kemudian bertindak menggeledah pejabatnya.

Rutchada yang terlibat usaha melindungi alam sekitar dan spesies terancam serta mengawai lebih 150 taman negara di Thailand bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Sementara itu, Suruhanjaya AntiRasuah Kebangsaan (NACC) dalam satu kenyataan menegaskan Rutchada telah menyalahgunakan kuasa dengan menerima wang suapan daripada orang bawahannya sebagai pertukaran untuk mengekalkan jawatan mereka.

Hasil siasatan NACC mendapati orang bawahan Rutchada dipaksa membayar sejumlah 'wang bulanan' sebagai tambahan kepada bayaran sekali sahaja yang mencecah sehingga 300,000 baht (RM38,335) atau bakal dipindahkan ke tempat terpencil yang jauh dari kampung halaman mereka. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!