Taiwan lanjut tempoh perkhidmatan ketenteraan mandatori
TAIPEI - Taiwan pada Selasa mengumumkan pelanjutan tempoh perkhidmatan ketenteraan mandatori daripada empat bulan kepada setahun susulan tindakan provokatif China yang semakin meningkat.
“Intimidasi dan ancaman Beijing semakin ketara. Tiada siapa mahu peperangan berlaku. Tetapi, keamanan tidak akan jatuh dari langit,” kata Presiden Tsai Ing-wen.
Menurutnya, tempoh perkhidmatan selama empat bulan tidak mencukupi untuk menghadapi situasi yang pantas dan sentiasa berubah.
Pelanjutan selama 12 bulan itu akan berkuat kuasa pada 2024 dan diwajibkan kepada golongan lelaki yang lahir selepas 1 Januari 2005,” ujarnya lagi.
Pengumuman mengejut itu dibuat sehari selepas Beijing didakwa melancarkan kempen ‘pencerobohan’ terbesar dengan mengerahkan lebih 70 pesawat ketika melancarkan latihan ketenteraan di perairan Taipei. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!