Bantu usahawan wanita terjejas banjir

Noraini
Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran memberi perhatian serius terutama dalam menyalurkan bantuan kepada usahawan wanita yang perusahaannya terjejas akibat banjir.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah seperti memperuntukkan dana pemberian geran dan memperkenalkan skim pembiayaan pinjaman tanpa faedah dengan moratorium kepada golongan tersebut.

Menurutnya, inisiatif itu sedikit sebanyak dapat memulihkan kembali perniagaan pemain industri negara.

“Wanita UMNO ingin menarik perhatian kerajaan untuk memberikan perhatian serius kepada usahawan wanita yang terkesan dengan bencana banjir.

“Wanita UMNO mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan dana dalam bentuk pemberian geran untuk usahawan membina semula perniagaan mereka," katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.

Noraini berkata, Wanita UMNO juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim pembiayaan pinjaman tanpa faedah dengan moratorium selama 12 bulan.

“Wanita UMNO yakin dengan adanya bantuan kewangan seperti ini, ia dapat menyokong perniagaan dan usahawan tempatan untuk pulih serta bangkit semula,” katanya

Pada masa yang sama, tambah Noraini, beliau menyambut baik tindakan pantas kerajaan memperuntukkan sekitar RM400 juta untuk menyelaras operasi bantuan banjir baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Pihaknya juga menzahirkan penghargaan kepada institusi kewangan dan pembangunan yang memberikan pinjaman sehingga enam bulan kepada mangsa banjir.

“Pastinya keputusan dan tindakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung mangsa banjir terutamanya yang mengalami kerosakan teruk kediaman atau premis perniagaan mereka,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!