Tokan ‘Datuk Seri’ palsu kena cekup
27 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 27 DISEMBER 2022
- Dua kakitangan Pejabat SUK Pahang ditahan kerana menyalahgunakan nombor pengenalan pekerjaan bagi memasukkan senarai nama individu yang ditawarkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri tidak sah ke dalam sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek pertama berusia 36 tahun bekerja sebagai pembantu operasi manakala suspek kedua pula berumur 30 tahun adalah pembantu tadbir secara kontrak di Pejabat SUK Pahang.
Menurutnya, penahanan kedua-dua suspek dilakukan selepas salah seorang daripada kakitangan SUK membuat laporan susulan curiga dengan senarai nama yang diperoleh.
Artikel: https://bit.ly/3FUvUrS
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa