28 individu diperdaya kira bilangan kereta api

Siasatan terhadap 'scammer' itu telah dilancarkan pihak berkuasa India pada November lalu. - Foto Agensi
Siasatan terhadap 'scammer' itu telah dilancarkan pihak berkuasa India pada November lalu. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Pihak berkuasa di India menyiasat aduan mengenai penipuan tawaran kerja melibatkan kira-kira 28 individu yang diperdaya untuk mengira bilangan kereta api selama beberapa hari.

Kesemua mangsa dari negeri Tamil Nadu percaya mereka menjalani latihan bersama Indian Railways dan turut membayar antara 200,000 rupee (RM10,700) dan 2.4 juta rupee (RM128,271) untuk mendapatkan kerja tersebut.

Jurucakap polis di New Delhi mengesahkan mereka telah melancarkan siasatan pada November lalu, namun berita 'scammer tawar kerja' itu hanya diketahui umum pada minggu lalu.

"Mereka diminta untuk berdiri platform berbeza di stesen kereta api utama di Delhi selama lapan jam pada setiap hari.

"Kesemua mangsa diarahkan untuk mengira kereta api yang melalui stesen berkenaan," laporan Press Trust India.

Salah seorang mangsa mendakwa dia sanggup melakukan apa jua kerja demi untuk menanggung keluarganya selepas pandemik Covid-19.

"Kami diminta ke Delhi untuk menjalani latihan 'kira kereta api'. Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dengan latihan itu, namun scammer tersebut adalah sahabat baik jiran kami. Rupa-rupanya kami ditipu," ujarnya yang enggan identitinya didedahkan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!