Sparta tahan dua penceroboh Taman Negara

Xavier menunjukkan antara bahagian hidupan liar yang dirampas daripada hasil tangkapan dua individu pada operasi di Hulu Sungai Tersat, Terengganu.
Xavier menunjukkan antara bahagian hidupan liar yang dirampas daripada hasil tangkapan dua individu pada operasi di Hulu Sungai Tersat, Terengganu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (Sparta) berjaya menahan dua penceroboh Taman Negara dalam serbuan yang dijalankan di Hulu Sungai Tersat, Hulu Terengganu.

Lebih mengejutkan operasi berkenaan juga telah menemukan sejumlah besar beberapa bahagian badan haiwan liar seperti kuku, taring dan hempedu yang mana diambil daripada harimau, babi hutan dan beruang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, kesemua bahagian haiwan tersebut ditemui lebih kurang 21 kilometer di dalam hutan.

"Pemburu haram yang masing-masing berusia 25 dan 29 tahun ini merupakan warga Vietnam berdasarkan pasport yang ditemui.

"Selain daripada bahagian badan haiwan liar ini, beberapa peralatan yang digunakan untuk memburu turut ditemukan antaranya jerat dawai, parang, lembing, kapak dan pelarik kayu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Katanya, kesemua barang kes ini disita dan dibawa ke Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut.

"Jabatan Perhilitan juga akan menjalankan ujian forensik DNA terhadap semua barang kes yang disita ini bagi mengesahkan spesies hidupan liar yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Enakmen Taman Negara Terengganu No.39 dan disiasat kerana memburu dan menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran Jabatan Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010(Akta 716). Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 29 Akta 176 kerana memiliki jerat," katanya.

Jelasnya, modus operandi pemburu haram ini adalah menggunakan dawai yang dipasang di laluan hidupan liar.

"Kedua-dua suspek dipercayai menjerat hidupan liar ini menggunakan jerat dawai yang dipasang dan sekurang-kurangnya dua harimau belang, dua harimau kumbang, tiga beruang dan 12 babi hutan telah dijerat.

"Nilai kerugian hidupan liar akibat pemburuan ini adalah dianggarkan lebih RM500,000," katanya.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) amat serius dalam memastikan hidupan liar terpelihara dan tidak mengalami kepupusan terutamanya melibatkan Harimau Malaya.

"Pada masa kini, terdapat kurang daripada 200 ekor Harimau Malaya di hutan-hutan seluruh Semenanjung Malaysia.

"Bagi memastikan Harimau Malaya yang merupakan 'umbrella species' bagi semua hidupan liar ini tidak pupus, KATS melalui Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia telah melancarkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya bermuka tahun 2019 hingga 2020," katanya.

Katanya, perlaksanaan kempen ini melibatkan pelbagai inisiatif dan strategi utamanya ialah strategi penguatkuasaan.

"Dibawah strategi ini, Jabatan PERHILITAN telah melancarkan operasi khas yang dinamakan OPS BELANG bagi tujuan ini bermula Januari 2019.

"Ops Belang merupakan operasi pengawalan dan rondaan penguat kuasa sepenuh masa di kawasan-kawasan 'hotspot' Harimau Malaya di habitat utama harimau belang iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Kedah," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak enam operasi telah dilaksanakan.

"Tindakan memasang jerat untuk memburu hidupan liar adalah zalim dan menyeksa hidupan liar tersebut.

"Kementerian ingin memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa berkaitan hidupan liar dan Taman Negara," katanya.

#Perhilitan #Rampas bahagian haiwan liar dan peralatan buru PUTRAJAYA-Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (Sparta) berjaya menahan dua penceroboh Taman Negara dalam serbuan yang dijalankan di Hulu Sungai Tersat, Hulu Terengganu. Lebih mengejutkan operasi berkenaan juga telah menemukan sejumlah besar beberapa bahagian badan haiwan liar seperti kuku, taring, hempedu yang mana diambil daripada harimau, babi hutan dan beruang. Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata kesemua bahagian haiwan tersebut ditemui lebih kurang 21 kilometer di dalam hutan. "Pemburu haram yang masing-masing berusia 25 dan 29 tahun ini merupakan warganegara Vietnam berdasarkan passport yang ditemui. "Selain daripada bahagian badan haiwan liar ini, beberapa peralatan yang digunakan untuk memburu turut ditemukan antaranya jerat dawai, parang, lembing, kapak dan pelarik kayu," katanya. LAPORAN: MOJO SINAR HARIAN SELANGOR MUHAMMAD AMINURALIFF MOHD ZOKI dan SHEIKH MOHAMAD NASIRUDDIN SHEIKH MOHAMAD ALI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, April 16, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!