Harga barang dijangka terus meningkat
SHAH ALAM - Golongan majikan di negara ini dijangka berdepan kenaikan kos antara 15 hingga 20 peratus jika kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) bermula 1 Januari ini.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, peningkatan tersebut akan menyebabkan kebanyakan pengusaha terpaksa melepaskan kos untuk diserap oleh pengguna, sekali gus harga barangan dijangka terus meningkat.
Beliau menjelaskan, kerajaan sepatutnya menguatkuasakan akta berkenaan secara berperingkat bagi memastikan golongan majikan lebih bersedia dalam menghadapi peningkatan kos yang mendadak.
Baca berita penuh 'Harga barang dijangka terus meningkat' di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!