Vietnam tak patut dapat penalti

Sato melayangkan kad merah kepada Azam Azmi dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.
Sato melayangkan kad merah kepada Azam Azmi dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.
A
A
A

VIETNAM tidak seharusnya dihadiahkan sepakan penalti ketika pasukan Naga Emas itu menundukkan Harimau Malaya 3-0 dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.

Bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, pengadil perlawanan, Ryuji Sato seharusnya terlebih dahulu melihat kekasaran pertama yang dilakukan oleh pemain Vietnam, Doan Van Hau ke atas Azam Azmi Murad ketika bola masih berada dalam kawasan padang.

Van Hau terlebih dahulu menolak Azam Azmi yang cuba menyelamatkan bola keluar daripada garisan gol sebelum kedua-dua pemain itu terjatuh di luar padang.

Kemudian, berlaku pergelutan antara kedua-dua pemain sebelum Sato mendakwa Azam Azmi mengasari Van Hau sekali gus memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada pertahanan negara.

"Sepatutnya kesalahan pertama dilakukan oleh pasukan Vietnam jadi, maklumat pertama yang perlu diberikan kepada pengadil adalah kesalahan dilakukan oleh pemain Vietnam.

"Kemudian berlaku pula tindak balas daripada pemain Malaysia yang saya tidak pasti kerana dalam video tidak jelas. Jadi, kalau berlaku tindak balas, kalau perlu kad merah, kad merah kepada pemain Malaysia.

"Tetapi, perlu dimulakan semula sama ada dengan sepakan percuma kerana insiden pertama itu tolakan daripada pemain Vietnam. Mungkin pengadil terlepas pandang kesalahan pertama yang dilakukan pemain Vietnam. Itu pandangan saya," katanya.

Ujar beliau, apabila Sato tidak mengambil kira kekasaran dilakukan pemain Vietnam dan kemudiannya meneruskan permainan serta terdapat kekasaran dilakukan oleh Azam Azmi kepada Van Hau, maka keputusan untuk memberikan sepakan penalti adalah betul walaupun ia berlaku di luar padang.

Artikel Berkaitan:

"Jika insiden itu berlaku di luar garisan sempadan permainan dan berhampiran kawasan penalti contohnya insiden yang kita lihat, insiden itu berlaku di garisan gol dan berhampiran atau sempadan kawasan penalti.

"Pada ketika itu, bola masih dalam permainan. Jadi, mana-mana insiden yang berlaku di kawasan penalti di luar sempadannya, maka pengadil perlu mulakan semula permainan dengan penalti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!