Era Firmino di Liverpool berakhir
KEHADIRAN penyerang baharu, Cody Gakpo menandakan era Roberto Firmino di Liverpool akan berakhir, kata bekas pertahanan kelab itu, Jose Enrique.
Firmino telah menghabiskan tujuh tahun terakhir bersama gergasi Merseyside itu dan membantu memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, dan Enrique percaya pembelian Gakpo dari PSV adalah isyarat bahawa masa Firmino di Anfield akan berakhir.
"Saya percaya (kedatangan Gakpo) menandakan berakhirnya era Firmino. Ia berlaku apabila pasukan menandatangani Luis Diaz dan kemudian Sadio Mane meninggalkan Liverpool.
"Saya yakin perkara sama akan berlaku antara Gakpo dan Firmino," katanya.
Liverpool membuat keputusan untuk menjual Mane kepada Bayern Munich pada Jun selepas membawa masuk Diaz pada awal tahun dan kemudian menandatangani perjanjian untuk memperoleh Nunez daripada Benfica.
Pada Isnin, PSV mengumumkan kelab dari Belanda itu telah mencapai persetujuan dengan Liverpool untuk menjual Gakpo.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!