Sila log masuk terlebih dahulu.

 'Kami tak tahu ada kes dera'

28 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A


BERITA SEMASA 28 DISEMBER 2022

- Rata-rata penduduk di Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, Johor tidak tahu berlakunya kes penderaan kanak-kanak sehingga maut di kawasan itu sehingga dilaporkan media, pada Isnin.

Menurut penduduk, sikap tidak bercampur gaul dengan orang ramai oleh pasangan suami isteri itu juga menjadi faktor mengapa mereka tidak mengetahui kes penderaan itu.

Pada Selasa, polis mengesahkan berlaku penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan berikutan kecederaan serius di seluruh badan terutamanya di kepala dan kaki dipercayai akibat dipukul selain dicucuh dengan objek panas.

Artikel: https://bit.ly/3C5hX9g

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa