Penempatan Orang Asli Pos Simpor

A
A
A
PADAT ... Kenderaan pacuan empat roda 4X4 sangat padat digunakan untuk membawa murid-murid ke sekolah Sekolah Kebangsaan Tohoi didapati tidak selamat dan membimbangkan ibu bapa.

Satu trip perjalanan tidak kurang 20 hingga 30 murid memenuhi pacuan empat roda yang disediakan yang boleh diibaratkan seperti sardin sehingga menyebabkan majoriti yang berada di belakang pikap terpaksa berdiri.

Situasi ini membimbangkan kerana kenderaan tersebut bukan sahaja tidak berbumbung yang mendedahkan anak-anak ini basah kuyup apabila hujan tetapi juga merisikokan mereka untuk jatuh berikutan tiadanya pagar penghadang pada kenderaan pikap berkenaan.

Pos Simpor yang jaraknya dengan Gua Musang adalah sekitar 98 kilometer merupakan antara penempatan Orang Asli paling jauh di pedalaman Semenanjung Malaysia dan tidak boleh ditemui di Google Maps selain hanya boleh diakses melalui jalan balak dan udara.

Selain faktor geografi, keadaan jalan balak yang berlopak dan bahaya menyebabkan anak-anak ini ditempatkan di asrama Sekolah Kebangsaan Tohoi seawal Tahun Satu dengan jumlah terkini adalah seramai 109 murid merangkumi 12 kampung (Kg) dari Pos Simpor
Artikel Berkaitan:


iaitu Kg Penad, Kg Sedal, Kg Sumbang, Kg Ceranok, Kg Dandut, Kg Jader Lama, Kg Pahoj, Kg Kledang, Kg Pos Simpor, Kg Halak, Kg Rekom dan Kg Tihok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
no image
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024

No Image Caption
GALERI

Lukisan mural "Jalan Warisan"

No Image Caption
GALERI

Tepung Ubi Kayu