Banjir di Kelantan pulih
Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, PPS terakhir Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh, Pasir Mas ditutup pada jam 5.30 petang tadi.
Selepas 12 hari beberapa jajahan di negeri ini dilanda banjir sehingga mencecah 31,000 mangsa, Pasir Mas menjadi jajahan terakhir yang menutup PPS.
Antara jajahan lain yang turut terjejas ialah Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Bachok.
Gua Musang menjadi jajahan yang bebas banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini manakala paras air di semua sungai di negeri ini kembali normal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!