Lelaki durjana perkosa ibu, adik kandung sendiri
JAKARTA - Perbuatan keji seorang lelaki di Indonesia yang tergamak memperkosa ibu dan adik kandungnya sendiri yang berusia tujuh tahun terbongkar selepas kejadian itu diadukan kepada pihak berkuasa, menurut laporan detiknews pada Rabu.
"Ia terbongkar selepas adiknya mengadu sakit ketika membuang air kecil. Dia kemudiannya mengaku telah dinodai suspek ketika disoal jirannya pada Isnin.
"Mereka yang prihatin dengan nasib mangsa yang masih kecil bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa," kata jurucakap polis, Edwin di kabupaten Lampung Selatan.
Menurutnya, suspek dikenali sebagai ST, 19, berjaya diberkas di kampung halamannya tidak lama selepas laporan dibuat.
Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian selepas ibunya tidak memberikan wang seperti yang diminta olehnya.
"Remaja itu mengamuk lalu memperkosa mereka dan turut mengusir ibunya keluar dari rumah," ujar Edwin lagi.
Siasatan awal mendapati suspek pertama kali menodai ibunya pada 2021 dan kejadian itu kembali berulang pada Julai-Ogos lalu malah dia turut mengugut mahu membunuh kedua-duanya jika keinginan nafsunya tidak dipenuhi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!