Mangsa banjir di dua negeri menurun 705 orang

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah dan Terengganu mencatatkan penurunan kepada 705 orang setakat jam 6 pagi Khamis. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah dan Terengganu mencatatkan penurunan kepada 705 orang setakat jam 6 pagi Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di dua negeri mencatatkan penurunan kepada 705 orang melibatkan 125 keluarga setakat jam 6 pagi Khamis berbanding 1,524 orang pada Rabu.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa banjir di Sabah mula menurun kepada 652 berbanding 1,454 orang yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Sandakan.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu masih kekal sejak petang Rabu iaitu 53 orang dari satu daerah membabitkan 12 keluarga.

Pada Rabu, kesemua PPS di negeri Kelantan yang menempatkan mangsa banjir ditutup sepenuhnya pada hari tersebut.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, PPS terakhir Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh, Pasir Mas ditutup pada jam 5.30 petang Rabu.

Selepas 12 hari beberapa jajahan di negeri itu dilanda banjir sehingga mencecah 31,000 mangsa, Pasir Mas menjadi jajahan terakhir yang menutup PPS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!