SAR Batang Kali: 1,778 anggota polis terlibat

Arjunaidi (kanan) hadir meninjau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Arjunaidi (kanan) hadir meninjau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,778 anggota dan pegawai polis terlibat sepanjang operasi dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penugasan ini melibatkan pelbagai elemen.

"Antaranya adalah Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Keanggotaan ini bukan sahaja melibatkan penugasan SAR, tetapi juga membabitkan pasukan siasatan serta pegawai perhubungan yang berurusan dengan ahli keluarga mangsa dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Unit K9 PDRM antara elemen terlibat sepanjang SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Unit K9 PDRM antara elemen terlibat sepanjang SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Beliau berkata, lokasi kejadian masih ditutup untuk kerja kajian daripada pihak geologi serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Tambah Arjunaidi, selain itu lokasi terbabit juga masih dalam siasatan pihak polis.

"Siasatan dilakukan secara adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak kerana kita perlu melihat dari pelbagai sudut dan persepsi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, siasatan tidak tertumpu kepada pemilik (lokasi perkhemahan), tetapi polis menyiasat adakah terdapat unsur kecuaian mana-mana pihak yang mengakibatkan kematian itu.

Unit Dron PGU PDRM turut terlibat sepanjang SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Unit Dron PGU PDRM turut terlibat sepanjang SAR tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

"Keterangan individu juga telah dirakam terdiri daripada pengendali tapak, pekerja, anggota pasukan penyelamat, anggota polis, pihak hospital, keluarga mangsa dan mangsa terselamat dalam tragedi tanah runtuh," katanya.

Dalam kejadian pada 16 Disember lalu, jumlah mangsa terlibat disahkan seramai 92 orang.

Daripada jumlah itu, mangsa yang selamat dan cedera adalah seramai 61 orang dan 31 dilaporkan terkorban.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!