Black akui rimas dengar wanita membebel, tapi...

Kakifoto -Rashidi Azman
Kakifoto -Rashidi Azman
A
A
A

PENYANYI berbakat besar, Black, mengakui rimas mendengar wanita membebel dan ia secara tidak langsung memberi inspirasi dalam penghasilan lagu terbaharunya, Pok Pet.

Jelas Black, lagu tersebut asalnya mahu dinyanyikan oleh Hazama dan diperdengarkan kepadanya dua tahun lalu, namun dia meminta agar Hazama memberikan lagu tersebut.

"Lagu Pok Pet ini sudah dilancarkan penghujung tahun lalu merupakan lagu ciptaan Kaduk, Omar K dan Mike Chan, manakala lirik oleh Kaduk, Omar K dan Nyawa Black iaitu Black sendiri.

"Lagu ini bukanlah sindiran saya kepada kaum wanita kerana kalau diamati lirik dan melihat video klip lagu ini, orang pasti akan faham dengan apa yang cuba kami sampaikan.

"Pada pandangan saya, queen control dan membebel adalah dua perkara berbeza.

"Bagi saya, kebanyakan wanita memang kuat membebel, bukan setakat isteri kita, tetapi juga emak, kakak atau adik.

"Tapi mereka membebel bukan saja-saja tapi kerana mereka risau, bimbang dan nak yang terbaik dari kita.

"Jadi kerana mahu lari dari lagu-lagu yang biasa saya bawakan, maka saya tampilkan Pok Pet untuk peminat," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Kakifoto -Rashidi Azman
Kakifoto -Rashidi Azman

Ditanya adakah isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi juga kuat membebel, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah tidak dapat menafikan.

Malah akuinya ketika di awal perkahwinan, mereka sering bergaduh apabila isterinya mula membebel.

"Bayangkan saya dari kecil sehingga berusia 24 tahun hidup dengan mak. Saya anak bongsu dan ada kakak.

"Bila usia 26 tahun, kahwin pula dan bagaikan ada penyambung. Jadi awal-awal dulu, memang saya cepat naik angin bila Cira (Naquia) membebel.

"Tapi bila dah enam tahun kahwin, saya dah biasa dan tahu tanganinya. Kalau Cira membebel, maknanya ada benda yang dia nak suruh saya buat.

"Jadi bagi mengelakkan keadaan makin panas, saya tak akan tunggu lama dan biasanya akan suruh dia berhenti serta buat apa yang perlu," jelasnya.

Tambah Black, walaupun wanita kuat membebel, namun padanya bebelan mereka bersebab.

"Kaum hawa ini sebenarnya mereka ambil berat tentang orang yang mereka sayang. Bagi saya kalau mereka tak bising pasal kita, maknanya mereka tak kisah.

"Jangan main-main dengan kaum hawa kerana mereka ini adalah superwomen sebenar.

"Mereka ada kelebihan dan boleh rasa kalau ada sesuatu yang buruk berlaku. Adakalanya mulut mereka juga masin.

"Jadi kalau mereka membebel, tentu bersebab dan percayalah kalau mereka kata tak sedap hati," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!