Pandu kereta mewah tapi bayar tol RM2.50 tak mampu!

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

ISU kenderaan yang mengelak daripada membayar tol dengan teknik mengikut rapat kereta di hadapannya bukanlah sesuatu yang baharu.

Biasanya kes-kes seumpama ini banyak ditularkan dan dikongsi di media sosial, maklumlah teknologi kita semakin canggih.

Kini kebanyakan pemilik kereta mempunyai kamera dashcam di kenderaan masing-masing. Ada jugalah bukti perangai pemandu yang tak berhemah itu.

Jenis yang tak nak bayar tol, ‘cucuk’ rapat-rapat, malah ada juga sampai terlanggar kereta orang lain.

Memalukan! Mungkin duit dah habis sebab bayar ansuran bulanan kereta mewah tersebut barangkali.

Sebelum ini Merak Jalanan hanya membaca pengalaman orang lain. Tak sangka akhirnya Merak Jalanan berdepan situasi tersebut baru-baru ini.

Mujurlah disebabkan rajin membaca kisah-kisah mangsa yang pernah terkena, jadi ada jugalah tip yang diberikan untuk ‘mengajar’ pemilik kereta kedekut nak bayar tol ini.

Nasib baik Merak Jalanan menyedarinya lebih awal. Tiba-tiba sahaja muncul sebuah kereta hitam dengan lajunya di belakang kereta Merak Jalanan. Mengekori terlalu rapat dengan harapan akan terlepas membayar tol agaknya.

Artikel Berkaitan:

Apalagi, selepas selesai bayar tol dan palang terbuka, Merak Jalanan berhenti betul-betul selepas palang, menyebabkan pemilik kereta yang kedekut itu tersangkut dan terpaksa berundur.

Malah, dia dapat pakej sekali dengan hon bertalu-talu daripada kenderaan di belakangnya pula. Merak Jalanan hanya nak cakap padan muka!

Nasihat Merak Jalanan, jika tak ada duit nak bayar tol, guna sahaja jalan biasa atau tungganglah motosikal, atau duduk sahaja di rumah diam-diam. Jangan menyusahkan orang lain.

Biarlah kereta yang buruk, asalkan perangai tak buruk. Jangan kereta sahaja besar dan mewah tetapi saiz otak kecil sehingga tak mampu nak berfikir secara waras.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!