272 ahli majlis PBT Selangor mula tugas 1 Januari

Sze Han umum pelantikan ahli majlis pelantikan baharu bagi sesi 2023.
Sze Han umum pelantikan ahli majlis pelantikan baharu bagi sesi 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri telah meluluskan lantikan 272 ahli majlis baharu membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi sesi 2023.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, ia diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 14 Disember lalu.

Menurutnya, pelantikan ahli-ahli majlis berkenaan akan berkuat kuasa bagi tempoh satu tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan.

"Ia merangkumi 116 daripada wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), 97 daripada DAP dan 59 orang daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

"Daripada jumlah tersebut, 28 peratus daripadanya merupakan lantikan baharu, 28 peratus diisi oleh wanita dan 19 peratus terdiri golongan belia," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Katanya, pelantikan tersebut adalah selari dengan penamatan ahli majlis PBT bagi penggal 2020 hingga 2022 yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!