Mbappe tiada masa layan 'ejekan' Martinez

Dari kiri, Messi, Martinez dan Mbappe selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, Lusail. - Foto AFP
Dari kiri, Messi, Martinez dan Mbappe selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail, Lusail. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe mengetepikan ejekan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Malah bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu berkata, dia tidak berminat membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia ketika dia menunggu kepulangan rakan sepasukan, Lionel Messi.

“Perayaan itu bukan masalah saya. Saya tidak membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia.

“Apa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik untuk kelab saya dan kami tidak sabar untuk Leo (Messi) kembali untuk terus menjaringkan gol dan memenangi perlawanan,” kata Mbappe.

Kemenangan 2-1 ke atas Strasbourg dalam perlawanan Ligue 1 pertamanya selepas perlawanan akhir Piala Dunia.

Mbappe menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik akhir Piala Dunia apabila dia mengheret negaranya kembali ke perlawanan dengan dua gol lewat separuh masa kedua dan penalti pada masa tambahan.

Bagaimanapun, usahanya masih belum mencukupi untuk menghalang penyandang juara Argentina itu menang dalam penentuan sepakan penalti tersebut.

Untuk rekod, semasa menyambut kepulangan skuad Argentina sekumpulan penyokong La Albiceleste membakar gambar Mbappe.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Martinez juga memegang bayi mainan dengan muka Mbappe semasa perarakan bas terbuka melalui ibu negara pada 23 Disember lalu.

Mengenai kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia Messi yang akan kembali ke Paris selepas Tahun Baru, Mbappe berkata, dia mengucapkan tahniah kepadanya selepas perlawanan akhir.

“Ia adalah matlamat hidup untuknya, bagi saya juga, tetapi saya gagal. Jadi anda mesti sentiasa kekal sebagai rakan sukan yang baik,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!