Air terjun Wasai Kabar

A
A
A
Penduduk tempatan Halim Jali, 70, memancing sambil menikmati panorama keindahan alam semulajadi air terjun Wasai Kabar yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Sipitang.

'Wasai' merupakan dialek tempatan masyarakat Sabah bagi kawasan air terjun kecil, jeram atau kawasan berbatu di sungai.

Kawasan air terjun ini dahulunya pernah popular dan menjadi tumpuan pengunjung yang datang berkelah bersama keluarga pada era tahun 90-an.

Namun setelah beberapa kejadian mati lemas, kawasan air terjun ini terbiar dan kurang dikunjungi ramai sehingga kini.

Hanya penduduk tempatan berhampiran seperti penduduk Kampung Pantai, Kampung Samin dan Kabar sahaja memasuki kawasan ini untuk singgah memancing.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perniagaan Serunding

No Image Caption
GALERI

Hari pertama pembukaan sekolah sesi 2025/2026

No Image Caption
GALERI

Program Karnival Santuni MADANI

No Image Caption
GALERI

Kongres Tahunan FAM