Bentang Bajet 2023 dengan lebihan atau defisit lebih rendah

Hassan (dua kiri) melawat tapak tanaman kontan yang dimusnahkan di Taman Cendana, Pasir Gudang pada Jumaat.
Hassan (dua kiri) melawat tapak tanaman kontan yang dimusnahkan di Taman Cendana, Pasir Gudang pada Jumaat.
A
A
A
PASIR GUDANG - Kerajaan Perpaduan perlu membentangkan Bajet 2023 dengan lebihan atau ‘surplus’ di Dewan Rakyat pada 15 Februari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, jika sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencari jalan membentangkan bajet dengan unjuran defisit lebih rendah.

"Belanjawan negara sejak sekain lama bersifat defisit dan berhutang. Diharap Anwar akan dapat menggunakan pengalaman sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun, mencari jalan dan menggunakan kaedah diguna pakai sebelum ini.

"Ini kerana bajet dibentangkan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan adalah bajet yang berlebihan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kebun tanaman kontan di Taman Cendana di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari tahun depan pada Sidang Pertama Parlimen ke-15.

Tegas beliau, bajet pertama Kerajaan Perpaduan itu juga perlu menangani kos sara hidup kerana menganggap bajet kerajaan terdahulu sebagai gagal.

Jelasnya, semuanya memerlukan perancangan dan perubahan teliti, sistematik serta fundamental menerusi bajet itu yang dianggap penting.



Menurutnya, bajet berkenaan juga tidak akan dapat menyelesaikan nilai ringgit yang jatuh namun percaya beberapa langkah boleh diambil dalam memperkukuh mata wang tersebut.

"Sekiranya bajet yang akan dibentangkan ini nanti bersifat progresif, ini akan menarik pelaburan dari dalam dan luar negara," ujarnya dan melahirkan harapan agar kerajaan memberi peruntukan yang cukup dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan menerusi bajet berkenaan perlu mengendalikan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara progresif sehingga satu tahap nanti semua rakyat mendapat pendidikan percuma.
Artikel Berkaitan:


Tambah beliau, isu pelaksanaan gaji minimum juga perlu diselesaikan selain Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menyerap doktor yang diambil secara kontrak bagi mengelakkan golongan profesional itu berhijrah ke luar negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!