Angka korban kebakaran di hotel kasino Kemboja meningkat ke 25
PHNOM PENH - Angka korban akibat kebakaran membabitkan sebuah hotel kasino wilayah di Banteay Meanchey, Kemboja, meningkat kepada 25 orang setakat ini, lapor Xinhua.
"Pagi ini (Jumaat), pasukan penyelamat menemukan enam lagi mayat dalam bilik hotel yang hangus, menjadikan angka korban kepada 25 orang setakat ini," kata pengarah jabatan maklumat wilayah Banteay Meanchey, Sek Sokhom.
Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan menggesa pihak berkuasa serta pemilik bangunan memperkukuh keselamatan dan tindak balas kebakaran.
Sementara itu, 73 yang lain dilaporkan cedera dalam kebakaran yang tercetus di Hotel dan Kasino Grand Diamond City di Poipet pada lewat malam Rabu.
"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun operasi mencari mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu masih diteruskan,” katanya.
Hun Sen turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana menghantar anggota respons kecemasannya bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!