Anwar, Wan Azizah ucap takziah kepada PM India

Narendra Modi selepas menghadiri upacara pengebumian ibunya di Gandhinagar pada Jumaat. - Foto AFP
Narendra Modi selepas menghadiri upacara pengebumian ibunya di Gandhinagar pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas pemergian ibu pemimpin itu, Heeraben Modi.

"Azizah dan saya mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri India atas pemergian ibunya Heeraben Modi. Kami berkongsi kesedihan dan ingatan kami sentiasa bersama anda di waktu kesedihan ini,” kata Anwar dalam hantaran di Twitternya hari ini.

Menurut laporan media, Heeraben, 99, meninggal dunia di UN Mehta Institute of Cardiology and Research Center, Ahmedabad kira-kira 3.30 pagi Jumaat.

Beliau dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas kesihatannya merosot. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!