Parlimen Laos mengundi pilih PM baharu
VIENTIANE - Ahli Parlimen Laos mula mengundi untuk melantik Perdana Menteri baharu selepas bekas pemimpin negara tersebut meletak jawatan atas faktor masalah kesihatan, lapor media kerajaan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Sonexay Siphandone mendapat 149 undi daripada 151 undi Parlimen negara.
"Saya akan meningkatkan semangat revolusioner ke tahap lebih tinggi," kata Siphandone kepada Parlimen selepas dipilih menerima peranan Perdana Menteri baharu.
Bekas Perdana Menteri, Phankham Viphavanh menawarkan peletakan jawatannya kepada Perhimpunan Kebangsaan lebih awal pada Jumaat susulan masalah kesihatan.
"Apabila negara ini berdepan lebih banyak kesukaran, maka saya tidak mampu menangani tugas berat ini, " kata bekas pemimpin berusia 72 tahun yang memegang jawatan tersebut pada Mac tahun lalu.
Negara komunis itu dilanda masalah ekonomi teruk tahun ini selepas bergelut dengan kekurangan bahan api dan inflasi melambung tinggi. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!