Andrew Tate ditahan atas dakwaan seludup manusia

Andrew Tate - Foto Agensi
Andrew Tate - Foto Agensi
A
A
A

BUCHAREST - Bekas peninju profesional dan personaliti dalam talian yang penuh kontroversi, Andrew Tate telah ditahan di Romania kerana didakwa memperdagangkan manusia, merogol dan menubuhkan kumpulan jenayah terancang, kata pendakwa raya.

Warganegara Britain itu dan abangnya, Tristan dijangka hadir ke mahkamah di Bucharest pada Jumaat dengan satu cadangan untuk menahan mereka selama 30 hari.

"Pada awal 2021, empat suspek membentuk kumpulan jenayah terancang dengan tujuan melakukan pemerdagangan manusia di wilayah Romania serta negara lain," kata pendakwa raya dari direktorat penyiasatan jenayah dan keganasan Romania (DIICOT) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Adik beradik tersebut dan dua rakyat Romania juga turut didakwa merekrut dan mengekploitasi wanita dan memaksa mereka melakukan 'perbuatan lucah dengan bertujuan menghasilkan dan menyebarkan bahan berkenaan' di dalam talian.

Setakat ini, enam mangsa telah dikenal pasti selepas dieksploitasi secara seksual oleh suspek-suspek.

Beberapa lokasi telah diserbu di seluruh Romania sebagai sebahagian penyiasatan yang dilancarkan pada April lalu.

Tate pernah muncul dalam rancangan televisyen Big Brother pada 2016 dan kemudian digam selepas kemunculan video dia menyerang seorang wanita. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!