Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir yang melanda Terengganu sejak minggu lalu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Besut ditutup secara rasmi pada Sabtu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, operasi PPS tunggal di Masjid Kampung La, Hulu Besut, Besut telah ditutup pada jam 10 pagi.

Menurutnya, ia susulan lima keluarga membabitkan 22 mangsa yang berlindung di masjid itu pulang ke rumah masing-masing.

“Cuaca sekarang cerah dan sebarang maklumat terbaharu berkaitan banjir di negeri ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Penduduk Kampung La terakhir yang masih berlindung di PPS tersebut merupakan mangsa yang kehilangan rumah atau kediaman rosak teruk akibat dibadai arus deras banjir.

Bencana banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dan mereka dipindahkan ke PPS.

Bagaimanapun, semua penduduk di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!