'Bersama pacu kecemerlangan tahun 2023'
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama memperkasakan komitmen bagi memacu kecemerlangan negara pada tahun 2023.
Menerusi video ringkas ucapan sambutan tahun baru pada Sabtu, beliau yang juga Presiden UMNO berkata, seluruh rakyat seharusnya sentiasa bersama-sama dalam setiap kejayaan mahupun cabaran dihadapi.
“Saya berharap kita semua akan sederap bersama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk tahun 2023. Pastinya segala kejayaan akan kita raikan bersama.
“Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai. Saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
“Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini. Selamat Tahun Baharu 2023,” kata beliau menerusi video berdurasi satu minit 28 saat yang dikongsikan di Facebooknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!