Seorang maut, 30 cedera bas bertembung di Iran
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
TEHERAN - Sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 30 cedera selepas dua bas bertembung di lapangan terbang antarabangsa Iran terletak berhampiran ibu negara Teheran, lapor media kerajaan.
"Malangnya, insiden ini menyebabkan seorang telah meninggal dunia," kata pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini kepada stesen televisyen kerajaan.
"Lebih 30 orang cedera dalam kejadian itu," lapor stesen penyiaran itu tanpa menyatakan warga negara mangsa terbabit dengan nahas.
Bagaimanapun, pegawai polis menyatakan bahawa 11 orang daripada mereka 'cedera teruk'.
Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini terletak kira-kira 30 kilometer di barat ibu negara Teheran. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!