[VIDEO] Kebakaran Wisma Jakel dipercayai akibat litar pintas

Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini dalam kebakaran pada pagi Ahad.
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini dalam kebakaran pada pagi Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Lintar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa

Kita menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

"Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, bangunan tiga tingkat menempatkan Wisma Jakel itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6.40 pagi.

Kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!