Sudah 2023 ada lagi sikap ‘sampah’

Sampah yang dibuang di tepi tong sampah di Kampung Perupok, Bachok. - Foto Ihsan Mohd Nazri Ismail
Sampah yang dibuang di tepi tong sampah di Kampung Perupok, Bachok. - Foto Ihsan Mohd Nazri Ismail
A
A
A

BACHOK - Memasuki hari pertama tahun baharu 2023 masih ada individu bersikap mentaliti kelas ketiga dengan membuang sampah di luar tong yang disediakan di Kampung Perupok di sini pada Ahad.

Pemandangan menyakitkan mata itu tersaji seawal jam 8 pagi menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Penduduk, Mohd Nazri Ismail, 50, berkata, empat tong sampah setiap satu bersaiz 1,000 liter disediakan di kawasan itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan awam terutama penduduk sekitar.

“Pagi tadi dua daripada empat tong itu berisi sampah dan kedua-dua belum penuh manakala dua lagi tong adalah kosong.

“Namun menyedihkan kerana ada pula yang buang sampah di tepi tong dan bukannya ke dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Menurutnya, sampah di kawasan itu dikutip oleh PBT pada setiap hari dan tidak ada alasan untuk penduduk tidak membuang sampah dengan cara yang betul.

Dalam pada itu, pengunjung di pusat pelancongan terkenal Pantai Irama Bachok yang terletak berdekatan dengan Perupok turut menzahirkan dukacita dengan perkara itu dan mengharapkan perubahan sikap segera dalam kalangan pendudul.

Datin Norhani Affandi yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNKK) berkata, PRNKK bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PBT dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penting menjaga kebersihan.

Artikel Berkaitan:

“Kalau nampak sikap begini, saya tegur dan bantu kutip buang dalam tong. Sikap sambil lewa terhadap kebersihan ini tidak boleh dibiar berterusan kerana berisiko mengundang penyakit.

“Program kebersihan pula dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala dan bersepadu antara agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya lebih berkesan secara berpanjangan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!