Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing

Operasi SAR mangsa dekat Sungai Pertang oleh anggota terlibat
Operasi SAR mangsa dekat Sungai Pertang oleh anggota terlibat
A
A
A

BENTONG - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pertang, Felda Kemasul, Jalan Chemomoi di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 9.05 malam mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa iaitu Muhammad Firdaus Yuseri.

"Sampai di lokasi, didapati seorang lelaki telah hilang di sungai. Mangsa berseorangan telah keluar ke sungai untuk memancing pada sebelah petang.

"Siasatan mendapati motosikal dan alatan memancing ada di lokasi tempat mangsa hilang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri keluar ke sungai seorang diri untuk memancing pada petang Sabtu.
Mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri keluar ke sungai seorang diri untuk memancing pada petang Sabtu.

Ujar beliau, pasukan terlibat telah melakukan pencarian melalui darat di sekitar tebing sungai namun masih belum ditemui.

Operasi kembali bersambung pada jam 8.45 pagi Ahad dan masih belum ditemui setakat jam 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!