Selangor catat kutipan hasil tertinggi dalam enam tahun - MB

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Ekonomi Selangor terus kekal kukuh apabila berjaya mencatatkan jumlah kutipan hasil tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertumbuhan ekonomi tahun lalu terus mencatat peningkatan dan mengatasi kadar pertumbuhan nasional.

Menurut Menteri Besar, ia bukti kekuatan ekonomi Selangor kekal kukuh dan mampan serta pencapaian itu didorong dasar kerajaan negeri yang stabil dan mesra perniagaan.

Selangor turut mencatatkan sumbangan 24.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, jumlah tertinggi setakat ini,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2023 pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor sedia mendepani ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi dijangka berlaku pada tahun ini turut memberi prospek yang kelam kepada kita semua.

Beliau menegaskan, kerajaan Selangor akan meneruskan dasar dan kebijaksanaan yang akan meningkatkan daya tahan ekonomi Selangor bagi menghadapi kemungkinan berkenaan.

“Usaha ke arah memastikan jaminan bekalan makanan, pendidikan, keselamatan siber dan kesihatan awam tetap menjadi perhatian kerajaan negeri pada masa yang sama,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Amirudin dilaporkan berkata, kutipan hasil negeri mencapai RM2.17 bilion mengatasi sasaran awal ditetapkan berjumlah RM2.05 bilion.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!