Beberapa orang terkorban akibat letupan di Kabul
KABUL - Satu letupan menggegarkan Kabul, ibu negara Afghanistan pada Ahad, menyebabkan beberapa orang terkorban, kata Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takar.
"Satu letupan berlaku di luar pintu pagar lapangan terbang tentera pagi ini dan membunuh serta mencederakan beberapa orang,” kata jurucakap itu kepada Xinhua.
Siasatan telah dimulakan berhubung kejadian itu, katanya tanpa memberikan butiran lanjut,
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!