Air Selangor dikecam gara-gara tiada air pada tahun baharu
SHAH ALAM - Gara-gara gangguan bekalan air pada hari pertama tahun baharu, laman sosial Twitter Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dikecam netizen.
Seorang pengguna dikenali dengan nama Hooi Lay See menyatakan kekecewaannya di ruangan komen akaun Twitter milik agensi itu pada Ahad.
Seorang pengguna dikenali dengan nama Hooi Lay See meluahkan kekecewaannya di ruangan komen akaun Twitter milik agensi itu pada Ahad.
"Waduh! 'Water cuti again? Kalau pengangkutan bolehlah tweet Anthony Loke. 'Water cut' mahu kasi tweet siapa? Air berbaulah, kotorlah, paip pecah, paip berkarat," ciapnya di ruangan komen.
Tidak terhenti di situ, seorang lagi pengguna laman sosial itu dengan nama Zack turut kecewa dan mendakwa tidak mendapat maklumat awal mengenai gangguan bekalan air berkenaan.
"Kemalangan berlaku, maklumat rahsia? (Sepatutnya) maklum kepada orang awam buat persediaan," ciapnya.
Seorang lagi pengguna dengan nama ysh199 pula menyindir agensi berkenaan dan percaya gangguan bekalan air juga akan berlaku pada sambutan Tahun Baharu Cina ini.
"CNY 'confirm water cut' again'," ciapnya.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan termasuk Shah Alam dan Kajang mendapati gangguan bekalan air tidak menjejaskan sebahagian pengguna.
Malah terdapat kawasan yang tidak mengalami masalah gangguan bekalan air susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
Pada Ahad, status pemulihan bekalan air melibatkan 221 kawasan di empat wilayah terjejas susulan henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih selesai sepenuhnya.
Air Selangor dalam satu kenyataan di laman Twitternya memaklumkan semua kawasan pulih 100 peratus iaitu Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat termasuk Petaling kira-kira jam 12 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!