Jalan di Batu Pahat ditutup sempena TDIJ 2019

Mohd Azhan (kiri) menunjukkan jalan yang akan ditutup sempena TDIJ 2019.
Mohd Azhan (kiri) menunjukkan jalan yang akan ditutup sempena TDIJ 2019.
A
A
A

BATU PAHAT - Beberapa laluan utama di sekitar daerah ini ditutup secara berperingkat dua hari bermula esok bagi memberi laluan perlumbaan basikal Tour De Iskandar Johor (TDIJ) 2019.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, TDIJ 2019 akan memasuki daerah ini bermula di persimpangan Jalan Pontian-Jalan Tampok Laut dan berakhir di Dataran Penggaram dengan jarak 42km.

“69 lokasi persimpangan dan susur akan dibuat penutupan secara berperingkat bermula pada jam 7 pagi hingga 6 petang di kawasan sekitar Dataran Penggaram.

“Simpang jalan yang terlibat dengan laluan utama program tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua lalu lintas mulai jam 10 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Menurutnya, simpang jalan terlibat ialah keseluruhan Jalan Pejabat, Jalan Pejabat Simpang Jalan Zaharah, Jalan Rahmat Simpang Jalan Pejabat, Jalan Susur Stadium, Jalan Kelab dan bulatan Simpang Rantai.

Manakala semua jalan lain yang berkaitan dengan laluan utama program ini akan dibuat lencongan agar semua kenderaan tidak memasuki laluan tersebut dan setiap persimpangan dikawal anggota polis yang bertugas.

“Perlumbaan peringkat kedua pula bermula jam 11 pagi Khamis ini di Dataran Tanjung Mas, Muar dan berakhir di jalan besar hadapan KFC Pekan Yong Peng pada jam 3 petang.

“Pengguna perlu rancang awal dan polis tidak kompromi demi keselamatan semua terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!