Lula da Silva angkat sumpah Presiden Brazil
BRASILIA - Luiz Inácio Lula da Silva mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil pada Ahad.
Lula da Silva kembali menjawat jawatan tersebut buat kali ketiga selepas menewaskan penyandang pemimpin sayap kanan, Jair Bolsonaro dalam pilihan raya presiden 30 Oktober lalu.
Kembalinya beliau ke tampuk kuasa menandakan kemuncak kemunculan semula politik yang menggembirakan penyokong dan membangkitkan kemarahan pembangkang yang menentang sistem demokrasi yang sengit di negara itu.
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan pesta demokrasi yang diadakan membuktikan pilihan rakyat.
"Demokrasi adalah faktor utama dalam pilihan raya itu, mengatasi penggemblengan terbesar sumber awam dan swasta yang pernah dilihat; ancaman paling ganas terhadap kebebasan rakyat, pembohongan besar dan kempen kebencian yang dirancang untuk memanipulasi dan mengekang pengundi Brazil,” kata Lula.
Beliau pada masa sama berikrar perkara pertama yang akan dilaksanakan pentadbirannya adalah memastikan 33 juta rakyatnya keluar daripada kebuluran dan kemiskinan.
Difahamkan Bolsonaro keluar dari Brazil selepas beliau berulang kali berkata tidak akan menyerahkan selempang presiden kepada Lula pada majlis perasmian. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!