Biden belum buat keputusan untuk bertanding semula
Menurut Politico, isteri presiden, Jill Biden, menyokong suaminya bertanding pada pemilihan presiden akan datang.
Di sebalik kebimbangan mengenai keupayaan pemimpin berusia 80 tahun itu, mereka yang rapat dengan Biden percaya tidak mustahil beliau bertanding semula dan pengumuman mengenainya mungkin dibuat lebih awal iaitu dijangkakan pada pertengahan Februari.
Pada November, media AS melaporkan Biden mengadakan pertemuan tertutup dengan sekumpulan kecil penasihat kanan di kediaman Rumah Putih.
Pertemuan itu dikatakan untuk berbincang mengenai persiapan kempen pemilihan semula 2024. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!