San Francisco dilanda ribut terburuk dalam sejarah
Kebanyakan jalan di wilayah itu masih ditutup akibat banjir dan ribut manakala hampir 15,000 penduduk di Bay Area terputus bekalan elektrik, menurut Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik pada Ahad.
Ribut yang melanda pada hujung minggu itu hampir memecah rekod yang dicatatkan pada 1994. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkannya sebagai hari kedua paling basah dalam tempoh lebih 170 tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!