Jumlah korban banjir Filipina meningkat 51 orang

Di Filipina, seramai 20 mangsa masih hilang manakala lebih 550,000 orang di lebih 30 wilayah terjejas bencana. - AP
Di Filipina, seramai 20 mangsa masih hilang manakala lebih 550,000 orang di lebih 30 wilayah terjejas bencana. - AP
A
A
A

MANILA - Jumlah kematian akibat bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini meningkat kepada 51 orang.

Menurut Agensi Bencana Negara Filipina, jumlah kematian mungkin meningkat apabila pihak berkuasa masih mencari 19 lagi mangsa masih hilang selepas hujan lebat pada minggu lalu menenggelamkan wilayah tengah dan selatan.

Cuaca buruk melanda ketika negara majoriti didiami penduduk Katolik sedang bersiap sedia merayakan sambutan Krismas.

Setakat ini, lebih 270,000 orang mendapatkan perlindungan sementara apabila hujan lebat membanjiri kampung di luar bandar yang turut menyebabkan 4,500 rumah rosak serta 7,000 hektar tanaman musnah.

Kebanyakan kematian berlaku di wilayah Misamis Occidental, di selatan pulau Mindanao, di mana 19 orang maut akibat lemas atau tanah runtuh akibat hujan.

Filipina disenaraikan antara negara terdedah kepada kesan perubahan iklim dan saintis memberi amaran bahawa ribut kembali 'mengganas' apabila bumi semakin panas. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!