PM tetap kerja walau cuti umum

Anwar dilihat sedang menyemak dokumen dan surat di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar dilihat sedang menyemak dokumen dan surat di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Meskipun hari ini ditetapkan sebagai cuti umum bersempena Tahun Baharu 2023 yang jatuh pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap hadir ke pejabat bagi menyelesaikan beberapa urusan penting melibatkan kerajaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat sedang menyemak dokumen dan surat di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.

"Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting," katanya.

Sebelum ini Anwar menerusi amanat Tahun Baharu 2023 menegaskan komitmennya untuk membendung masalah rasuah yang dikatakan masih dilakukan oleh segelintir penjawat awam.

Perdana Menteri turut mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!