Malaysia dijangka tidak alami gelombang baharu

Malaysia dijangka tidak berdepan gelombang baharu Covid-19 sekiranya membenarkan kemasukan pengembara dari China bagi tujuan melancong. Gambar kecil: Dr Boon Chye
Malaysia dijangka tidak berdepan gelombang baharu Covid-19 sekiranya membenarkan kemasukan pengembara dari China bagi tujuan melancong. Gambar kecil: Dr Boon Chye
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia dijangka tidak berdepan gelombang baharu Covid-19 sekiranya membenarkan kemasukan pengembara dari China bagi tujuan melancong.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kemunculan sebarang varian baharu Covid-19 boleh berlaku di mana-mana negara seluruh dunia dan bukan hanya di China.

“Kalau kita bimbang kemunculan varian baharu, ia boleh berada di mana-mana tempat. Bukan hanya datang dari China, tetapi juga negara-negara lain.

“Saya berpandangan kedatangan pelancong dari negara China tidak akan menyebabkan peningkatan ketara dari segi jumlah kes atau kematian akibat Covid-19.

“Kita tidak perlu melarang pelancong dari negara berkenaan untuk masuk ke Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) secara konservatif menyasar kira-kira 300,000 pelancong dari China ke negara ini tahun depan, susulan kelonggaran protokol kuarantin terhadap pengembara yang masuk ke negara itu berkuat kuasa 8 Januari 2023.Jangkaan itu membimbangkan orang ramai berikutan kemungkinan berlakunya lonjakan kes baharu dan kematian akibat Covid-19.

Dr Boon Chye berkata, meskipun risiko berlaku peningkatan ketara kes Covid-19 ekoran kedatangan pelancong China adalah rendah, rakyat dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah akan penjagaan kesihatan diri dan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membantu mencegah penularan wabak itu dalam negara.

“Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang berisiko tinggi harus mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai salah satu usaha melindungi diri daripada wabak tersebut,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!