Bill Gates penderma tertinggi di AS tahun lalu

Bill Gates - Foto Agensi
Bill Gates - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates muncul penderma tertingi di Amerika Syarikat (AS) selepas menderma sejumlah AS$5 billion (RM22 bilion) kepada badan amal.

Angka berkenaan didedahkan oleh laporan tahunan Chronicle of Philanthropy yang berpangkalan di Washington DC.

Majalah tersebut menyenaraikan 10 derma tertinggi yang diumumkan oleh individu atau yayasan mereka yang berjumlah hampir AS$9.3 bilion (RM40 bilion) sepanjang tahun lalu.

Sumbangan itu disalurkan kepada institusi ternama, tiga daripadanya yayasan swasta serta tiga universiti untuk menyokong kelestarian alam sekitar, kesihatan mental kanak-kanak dan penyelidikan sel stem.

Sumbangan derma lain adalah bagi menyokong penyelidikan dan rawatan kanser, usaha perumahan, program belia dan kesihatan reproduktif.

Tambah laporan itu, dua daripada derma tersebut berjumlah melebihi AS$1 bilion (AS4 bilion) dengan nilai bersih bagi gabungan enam penderma adalah sekitar AS$325 bilion (RM1.4 trilion).

Gates yang mengumpul kekayaan dianggarkan AS$104 bilion (RM458 bilion) menyumbang RM22 bilion kepada Yayasan Bill & Melinda Gates untuk menyokong usaha kesihatan global, pembangunan dan dasar serta advokasi serta pendidikan di AS.

Difahamkan, Gates juga sering kali menyumbang majoriti sahamnya bagi yayasan yang ditubuhkan bersama bekas isterinya bagi urusan kedermawanan mereka.

Artikel Berkaitan:

Namun, beberapa netizen memerli sikap dermawan Gates yang menderma kepada yayasan sendiri.

"Ini taktik untuk mengelak cukai," kata seorang netizen.

"Sekarang baru saya tahu, inilah caranya bilionair mengelak cukai," sokong netizen.

Kata seorang netizen lagi: "Wah dia memang seorang dermawan. Derma kepada diri sendiri." - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!