Lukaku mahu kekal bersama Inter Milan

Romelu Lukaku
Romelu Lukaku
A
A
A

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku berharap dapat meletakkan kemelut kecederaannya dan penyingkiran awal Belgium dari Piala Dunia Qatar 2022, dengan tampil cemerlang bersama gergasi Serie A itu.

"Semua orang tahu apa yang saya mahu. Sekarang ini saya perlu melakukan apa sahaja yang perlu dengan pasukan untuk menjadikan Inter menang dan kemudian kita baru boleh bercakap dengan Chelsea.

"Ideanya adalah untuk menamatkan (kerjaya saya) dengan (kelab zaman kanak-kanak) Anderlecht. Saya (hampir) berumur 30 tahun, anak saya mula bersekolah di sini dan bermain di Akademi Inter. Saya tidak apa-apa, yang penting Inter sentiasa mempunyai cita-cita untuk berkembang.

"Saya mahu kekal di sini dan melakukan perkara yang betul. Saya berharap dapat melakukannya dengan baik bersama Inter dalam tempoh enam bulan akan datang, bekerja secara maksimum dan kemudian pada akhirnya kami bercakap dengan Chelsea dan berharap untuk mencari penyelesaian," kata Lukaku.

Untuk rekod, Lukaku terlepas banyak perlawanan pada separuh pertama musim ini akibat kecederaan hamstring dan paha yang menjejaskan peluangnya kembali ke pasukan kebangsaan ketika Belgium tersingkir dari Piala Dunia di peringkat kumpulan.

Pemain berusia 29 tahun itu dipinjamkan dari Chelsea, mengesahkan perpindahan tetap ke Inter mungkin sukar kerana kelab Liga Perdana Inggeris itu ingin mendapatkan semula 97.5 juta pound (RM517.6 juta) yang dibayar kepada kelab Serie A tersebut pada Ogos 2021.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!