Padah seks dengan gadis bawah umur
LHOKSEUMAWE - INDONESIA. Dua lelaki di wilayah Aceh yang melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur menerima padah apabila masing-masing dihukum sebat 100 kali di hadapan umum, hari ini.
Salah seorang daripada mereka didakwa mengadakan hubungan intim dengan anak perempuan tirinya manakala lelaki kedua dilaporkan mempunyai hubungan dengan jirannya yang masih bawah umur.
Selain berdepan hukuman sebatan, mereka juga masing-masing dihukum penjara lima tahun.
Salah seorang lelaki terbabit yang tidak dapat menahan kesakitan bertindak mengangkat tangannya merayu supaya menghentikan hukuman itu selepas dia disebat sebanyak lima kali.
Hukuman itu bagaimanapun disambung semula selepas doktor yang turut berada di lokasi terbabit mengesahkan dia masih 'mampu' untuk menerima baki 95 sebatan.
"Kami hanya akan menangguhkan hukuman itu jika doktor memaklumkan ia memberi ancaman serius kepada kesihatan," kata pendakwa raya tempatan, Isnawati.
Awal tahun lalu, Aceh yang menjadi wilayah tunggal di Indonesia melaksanakan undang-undang Islam memaklumkan hukuman sebat akan dilakukan di belakang tembok penjara, namun ia masih diteruskan di khalayak umum. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!