Melaka akan kuat kuasa pemakaian pelitup muka

Melaka akan kuat kuasa pemakaian pelitup muka sekiranya kes Covid-19 terus meningkat. (Gambar hiasan)
Melaka akan kuat kuasa pemakaian pelitup muka sekiranya kes Covid-19 terus meningkat. (Gambar hiasan)
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka tidak teragak-agak untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat orang ramai dan sesak sekiranya kes Covid-19 menunjukkan peningkatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ketetapan yang akan dilakukan itu berdasarkan kebimbangan terhadap pertambahan bilangan kes Covid-19 di seluruh dunia.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat pemantauan dalam tempoh dua minggu sebelum penguatkuasaan itu dilaksanakan.

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal

"Sudah pasti Melaka mengambil maklum dan serius mengenai bilangan kes yang bertambah.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan di kawasan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menggalakkan orang ramai mendapatkan dos penggalak bagi mengekang penularan wabak itu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa terdapat dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 dikesan telah berada di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!