Pas minta menteri jelas situasi sebenar Covid-19
BERITA SEMASA 4 JANUARI 2023
Pas menggesa Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tampil memberi penjelasan menyeluruh potensi ancaman penularan Covid-19 dalam negara bagi mengelakkan persepsi tidak benar.
Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan perlu dibuat bagi mengurangkan kebimbangan rakyat berikutan beberapa negara lain telah mengambil langkah awal mengekang wabak tersebut.
Jelasnya, tindakan negara China mengutuk dan mengancam tindak balas terhadap negara-negara yang mengenakan syarat ujian baharu Covid-19 terhadap warganegaranya susulan lonjakan kes harus diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VK3BC0
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti